“sehr sub”

See the silver lining! =)

Archive for September, 2009


My before & after

Before: BF means boyfriend

After: BF means breastfeed

Before: I can lose myself during the shower time, spending minimum 20 mins each time.

After: I can dash shower in 5 mins!!

Before: Breakfast is the most important meal of the day, so extra effort taken for preparing it.

After: Brunch is more like it. Mostly easy-to-prepare ones. Eggs and eggs and eggs.

Before: I savour each food, which take some time to finish.

After: I eat so that I can feed Lana. Hardly taking time to do it, even with Muq around. I have to eat first and fast, so that he can eat later - and he is the world’s slowest eater!!!

Before: I’m a lady of leisure. I do things slowly and carefully, cherishing every moment.

After: I’m dashing over things. Everything has to be done fast and accurate - all to be done in between Lana’s napping hour - which can be as short as 30 mins!

Before: I get to blog more often.

After: I only blog when I blog. Means only spending 5 mins top, peeking at friends’ blogs.

*sigh*

and you tell me being a housewife is easy. How on earth did Mas do it???

“Love To Be Me” (copyrighted) - hehehe..

Entry kali ini bertajukkan tajuk blog Cik Faziatun Nisa, classmate ku waktu dolu-dolu, dengan ucapan sempena hari raya, “Cik Eton, saya nak join contest cokelat, sebab nak makan cokelat Cik Eton banyak2 time raya”.

Cik Eton telah meminta khalayak ramai memikirkan nama domain untuk site cokelatnya yang sedia mempamerkan cokelat-cokelatnya yang pasti merangsang air liur. Mungkin salah satu taktik Cik Eton di mana dengan terangsangnya air liur, maka rembesan itu akan menghantar maklumat kepada otak si pelihat site itu untuk meng-order cokelatnya pasti sedap itu.

Maka saya, dengan ini, ingin mencadangkan (dengan harapan dapat menang) nama baru bagi site Cik Eton, iaitu (disertai dengan bunyi drum roll):

http://www.delicoklatcious.com/

Cik Eton dan penganjurnya diundang untuk meneliti dan menilik alasan-alasan munasabah bagi nama domain di atas:

1. “delicoklatcious” adalah berasal dari dua perkataan (bahasa Inggeris dan bahasa Melayu) - delicious dan coklat - yang digabungkan dengan kreatifnya. Maka gabungan ini mengangkat bahasa Melayu (coklat) di mata dunia di samping mengaitkan perkataan “sedap” (delicious) agar sekaligus mencetuskan image coklat yang menggiurkan di dalam otak pelihat.

2. Nama yang kreatif ini juga akan membuatkan para pelihat yang terserempak dengannya berasa begitu berminat untuk meng-klik ke atas site ini kerana tercetusnya perasaan ingin tahu yang berkobar-kobar - “oooh…nama yang unik, apakah maksudnya??”

3. Secara tidak langsung, perkataan “deli” pada permulaan nama tersebut juga membawa maksud yang tersendiri. “Deli” adalah kependekkan secara tidak rasmi yang digunakan dan difahami seantero dunia sebagai kedai yang menjual makanan yang sedap-sedap. Maka, ia melambangkan site yang mempamerkan makanan (coklat) yang pastinya dapat memuaskan deria rasa. Kedai pula, mestilah ada segala benda yang dikaitkan dengan kedai dan perkhidmatannya - iaitu pilihan produk yang pelbagai, pilihan jenis bungkusan yang menepati majlis atau tujuan, harga yang berpatutan dan nombor kontak untuk memudahkan jual-beli dan pertanyaan.

Adalah dengan ini diharapkan sidang penganjur dapat mempertimbangkan nama yang telah disarankan oleh saya. Saya berasa excited (walaupun belum menang) menulis entry ini. Hehe..

Footnote: “Deli” dari perkataan “delicatessen”, yang membawa maksud “fine food” or “delicacies”.

*Fingers crossed Lana, you might get to eat Auntie Eton’s chocolates again, love! wink-wink.

5x a day

Sempena Bulan Pose ni saya ingin berkongsi info yang diambil dengan izin dari blog Cik Eton dengan syarat berikut:

1. Di-acknowledge-kan pengirim maklumat tersebut, iaitu UStaz Zahazan… dari email from group Tmn2 Syurga posted by maryam.jamelah165@yahoo.com

Silalah baca dan tingkatkan pengetahuan kite semua mengenai Solat..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat

solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu ‘aklam.